Tuhan dalam agama Yahudi

Nama Ibrani Tuhan pada halaman manuskrip Sefardi Bible Ibrani (1385)

Dalam agama Yahudi, terdapat pelbagai pemahaman tentang Tuhan.[1] Menurut asalnya, agama Yahudi percaya bahawa Yahweh, tuhan Abraham, Ishak, Yaakub dan bani Israel menyelamatkan mereka daripada perhambaan di Mesir, dan memberikan mereka Hukum-hakam Musa di Gunung Sinai, seperti dalam Taurat.[2][3][4] Orang Yahudi asalnya percaya pada keesaan Tuhan ("Yahweh adalah satu"),[3][5][6] yang berada di luar alam semesta dan pada masa yang sama terlibat secara aktif dalam alam semesta).[3]

Tuhan dianggap unik dan sempurna, bebas daripada segala kesalahan, kekurangan dan kecacatan, malah maha berkuasa, maha hadir, maha mengetahui, tidak terpermana dalam semua sifatnya, satu-satunya pencipta segala yang wujud dan tidak mempunyai pasangan atau sekutu.[3][7] Dalam agama Yahudi, Tuhan tidak pernah digambarkan.[8] Taurat tegas melarang menyekutukan kuasa Tuhan, kerana dipercayai bahawa tiada sesiapa sepertinya, dia tidak berbelah bahagi dan tiada tandingan, serta tiada yang serupa dengannya.[3][7] Maka, Tuhan langsung tidak menyamai apa-apa di dalam atau di dunia, juga melebihi apa yang boleh manusia fikirkan atau ungkapkan.[3][7] Nama-nama Tuhan yang paling kerap digunakan dalam Bible Ibrani ialah Tetragramaton (Ibrani: יהוה, rumi: YHWH) dan Elohim.[3][9] Nama lain Tuhan dalam agama Yahudi tradisional termasuk el-Elyon, el Syaddai, dan Syekhinah.[9]

Menurut teologi rasionalistik yang diutarakan oleh ahli falsafah dan mufti Yahudi zaman pertengahan, Moses Maimonides, yang kemudiannya banyak mempengaruhi pandangan Yahudi rasmi dan tradisional, Tuhan adalah satu-satunya pencipta, yang esa, tidak dapat dibahagikan dan tiada bandingan.[3][7] Maimonides bersetuju dengan idea Ibnu Sina bahawa Tuhan itu Maha Esa, wujud di mana-mana dan tidak berjasad,[7] serta Tuhan diperlukan untuk wujudnya alam semesta. Selain itu, beliau menyanggah idea Aristotle bahawa Tuhan tidak mengubah apa-apa, juga kepercayaan-kepercayaan lain Aristotle seperti menafikan bahawa Tuhan mencipta segala-galanya sementara mengatakan dunia asalnya memang wujud.[7] Kepercayaan tradisional Yahudi mengatakan Tuhan adalah umpama "orang" yang boleh membantu manusia tetapi juga berkuasa dan di luar pemahaman insan,[9] manakala beberapa tafsiran moden menekankan Tuhan bukan "seseorang" tetapi lebih kepada satu idea atau zat yang kuat, tidak mengambil peduli dengan alam semesta.[1][3]

  1. ^ a b Tuling, Kari H. (2020). "PART 2: Does God Have a Personality—or Is God an Impersonal Force?". Dalam Tuling, Kari H. (penyunting). Thinking about God: Jewish Views. JPS Essential Judaism Series. Lincoln dan Philadelphia: University of Nebraska Press/Jewish Publication Society. m/s. 67–168. doi:10.2307/j.ctv13796z1.7. ISBN 978-0-8276-1848-0. LCCN 2019042781. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Tuling 2020" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Stahl, Michael J. (2021). "The "God of Israel" and the Politics of Divinity in Ancient Israel". The "God of Israel" in History and Tradition. Vetus Testamentum: Supplements. 187. Leiden dan Boston: Brill Publishers. m/s. 52–144. doi:10.1163/9789004447721_003. ISBN 978-90-04-44772-1.
  3. ^ a b c d e f g h i Grossman, Maxine; Sommer, Benjamin D. (2011). "GOD". Dalam Berlin, Adele (penyunting). The Oxford Dictionary of the Jewish Religion (ed. 2nd). Oxford dan New York: Oxford University Press. m/s. 294–297. doi:10.1093/acref/9780199730049.001.0001. ISBN 978-0-19-975927-9. LCCN 2010035774. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Berlin 2011" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ "Jewish Concepts: God". Jewish Virtual Library. American–Israeli Cooperative Enterprise (AICE). 2021 [2014]. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 April 2017. Dicapai pada 23 Oktober 2021.
  5. ^ Hayes, Christine (2012). "Understanding Biblical Monotheism". Introduction to the Bible. The Open Yale Courses Series. New Haven dan London: Yale University Press. m/s. 15–28. ISBN 978-0-300-18179-1. JSTOR j.ctt32bxpm.6.
  6. ^ Moberly, R. W. L. (1990). ""Yahweh is One": The Translation of the Shema". Dalam Emerton, J. A. (penyunting). Studies in the Pentateuch. Vetus Testamentum: Supplements. 41. Leiden: Brill Publishers. m/s. 209–215. doi:10.1163/9789004275645_012. ISBN 978-90-04-27564-5.
  7. ^ a b c d e f Lebens, Samuel (2022). "Is God a Person? Maimonidean and Neo-Maimonidean Perspectives". Dalam Kittle, Simon; Gasser, Georg (penyunting). The Divine Nature: Personal and A-Personal Perspectives (ed. 1st). London dan New York: Routledge. m/s. 90–95. doi:10.4324/9781003111436. ISBN 978-0-367-61926-8. LCCN 2021038406.
  8. ^ Asif, Agha, penyunting (Spring 2016). "Smashing Idols: A Paradoxical Semiotics" (PDF). Signs and Society. Chicago: University of Chicago Press bagi pihak Pusat Penyelidikan Semiosis di Hankuk University of Foreign Studies. 4 (1): 30–56. doi:10.1086/684586. ISSN 2326-4489. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 September 2017. Dicapai pada 20 Oktober 2021.
  9. ^ a b c Ben-Sasson, Hillel (2019). "Conditional Presence: The Meaning of the Name YHWH in the Bible". Understanding YHWH: The Name of God in Biblical, Rabbinic, and Medieval Jewish Thought. Jewish Thought and Philosophy (ed. pertama). Basingstoke dan New York: Palgrave Macmillan. m/s. 25–63. doi:10.1007/978-3-030-32312-7_2. ISBN 978-3-030-32312-7. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Ben-Sasson 2018" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search